Wednesday 18 May 2016

PERWATAKAN MAMAT: JOGHO

Mamat atau dipanggil sebagai Pak Mat merupakan seorang pelaga lembu di Selatan Thailand. Mendapat berita kematian abangnya dalam pertandingan melaga lembu membuatkan beliau berdendam dengan pembunuh tersebut iaitu Isa. Mamat merupakan seorang yang berperwatakan tegas. Beliau mahukan keadilan pada kematian abangnya kerana baginya pertumpahan darah mesti dibalas dengan perkara yang sama. Mamat juga merupakan seorang yang nekad dalam melakukan apa yang beliau mahukan. Beliau sanggup turun ke Kelantan demi mencari orang yang sudah membunuh abangnya. Dipengakhirannya, Mamat tidak gentar kerana sanggup menyerah diri kepada pihak polis mengatakan bahawa dia yang telah membunuh Isa walhal bukan beliau yang melakukan perkara itu. 

No comments: