Wednesday, 18 May 2016

PANAS

Banyak isu panas yang timbul dalam negara kita. Panas tidak semestinya pada cuaca yang panas, tetapi boleh juga menjadi hati yang panas, suasana politik mahupun ekonomi negara yang panas dan sebagainya. Dalam tempoh beberapa bulan ini, beberapa buah negeri mengalami cuaca panas melampau  yang dikenali sebagai fenomena el nino. Cuaca panas ini mampu mengundang penyakit iaitu strok haba dan kita dinasihatkan agar meminum air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi. Selain cuaca panas, kejatuhan wang ringgit Malaysia juga menjadi faktor panasnya ekonomi di Malaysia. Melalui kejatuhan wang ringgit ini, ia sekaligus menjadikan ekonomi Malaysia semakin gawat di zaman serba mencabar ini.

No comments: