Monday 16 May 2016

MARUAH

Maruah? Apa itu maruah? Maruah boleh didefinisikan sebagai harga diri. Harga diri yang perlu dijaga. Terlalu umum untuk menceritakan perihal berkaitan maruah akan tetapi benda yang paling penting dalam hidup seseorang adalah dengan menjaga maruah diri dan juga maruah keluarga. Maruah ini boleh diibaratkan seperti permata yang harus dijaga. Andai hilang maruah itu, bermakna tiada erti lagi bagi hidup seseorang. Maruah diri perlulah dijaga agar nama kita sentiasa terpelihara sekaligus tidak terpalit hal-hal yang tidak elok kepada keluarga. Apa sahaja yang kita lakukan mencerminkan diri dan maruah kita. Jagalah ia sebaik mungkin, sesungguhnya maruah itu sangat berharga dalam hidup seseorang.

No comments: