Wednesday 18 May 2016

MISKIN

Umumnya, miskin adalah kekurangan pada segi harta benda mahupun keperluan hidup. Namun begitu, miskin juga boleh diertikan pada beberapa perkara yang lain seperti miskin budi bahasa, miskin senyuman dan sebagainya. Apa gunanya kaya dari segi harta benda serta memiliki segala-galanya akan tetapi miskin pada adab dan budi bahasa. Ada juga yang punya rupa dan harta tetapi suka memandang rendah pada orang lain, angkuh, sombong dan sebagainya. Perilaku seperti ini menunjukkan bahawa individu seperti itu sebenarnya miskin dalam kekayaan yang dimilikinya.  Sedangkan, orang yang kurang pada harta tetapi murah pada budi bahasa dan senyuman sebenarnya merupakan orang yang kaya dalam segala-galanya.

No comments: